000000
X
PALESTIN
Jepun Menghulurkan Bantuan Kecemasan $1 juta Kepada Kem Pelarian Jenin
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
16 Ogos 2023 | 11.15 tengahari
RAMALLAH - Kerajaan Jepun hari ini menghulurkan bantuan geran kecemasan sebanyak $1 juta kepada kem pelarian Jenin di Palestin, yang mengalami kerosakan teruk akibat serangan tentera Israel pada bulan lepas.

Melalui bantuan geran ini, Jepun akan melaksanakan bantuan kemanusiaan dari sudut sanitasi, kesihatan dan tindak balas terhadap senjata yang tidak meletup melalui Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat (UNRWA), kata Pejabat Perwakilan Jepun ke Palestin dalam satu kenyataan akhbar.

Siaran itu mengesahkan bahawa Kerajaan Jepun akan meneruskan usahanya ke arah membina keyakinan antara pihak berkenaan untuk mencapai penyelesaian dua negara berhubung proses pendamaian Timur Tengah sambil menggesa semua pihak untuk menahan diri sepenuhnya daripada keganasan dan tingkah laku provokatif.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,414
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....