000000
X
PALESTIN
Aman Palestin Telah Berjaya Menyiapkan 3 Projek Mega di Syria Bernilai Lebih USD1 Juta dalam Tempoh Sekatan
Oleh: Miftahul Khair
20 Februari 2024 | 2.30 petang
Pada tahun 2023, Aman Palestin telah dikejutkan dengan pembekuan akaun Aman Palestin Berhad oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyelewengan dana awam. Sehingga ke hari ini, akaun Aman Palestin masih terus disekat ketika rakyat Gaza terus menderita akibat kekejaman rejim zionis.

Pembekuan akaun Aman Palestin yang berlangsung sehingga ke hari ini tidak menghalang Aman Palestin untuk terus berbakti buat rakyat Palestin, Syria dan Yaman. Alhamdulillah, sebanyak TIGA projek pembangunan keperluan asas dan komuniti di Syria telah selesai dibina meskipun berada dalam tempoh sekatan akaun.

ketiga-tiga projek ini dibina di Al-Bab dan Jarablus, Syria yang memperuntukkan sebanyak USD 1,048,612 dan memberi manfaat kepada puluhan ribu masyarakat di kawasan tersebut. Projek yang didirikan adalah:

Projek Saluran Air Bersih Dari Sungai Furat ke Perkampungan Ataa, Jarablus
jangka masa projek: 15 bulan - 01/09/2022 – 30/11/2023
Peruntukan: USD 659,000

Pembinaan Masjid Al-Ghafour, Al-Bab
jangka masa pembinaan: 7 bulan – 01/05/2023 – 30/11/2023
Peruntukan: USD 130,000

Projek Pusat Komuniti Perkampungan Ataa, Jarablus

jangka masa pembinaan: 18 bulan – 01/07/2022 – 31/12/2023
Peruntukan: USD 259,612

Walaupun projek mega Aman Palestin ini telah berjaya disiapkan, Aman Palestin masih mempunyai hutang perlu dilunaskan sebanyak USD 400,000 untuk projek saluran air bersih berikutan akaun Aman Palestin yang disekat dan tidak mampu membayar hutang tersebut.

Pembinaan projek-projek ini jelas tujuannya untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada penduduk di sekitar Jarablus dan Al-Bab serta memberikan perkembangan yang terbaik dalam taraf hidup masyarakat di sana. Dengan projek ini, Aman Palestin meletakkan harapan agar para penduduk yang mendapat manfaat dapat menggunakan kemudahan dengan sebaiknya demi kelangsungan hidup yang lebih baik.

Dalam masa yang sama, Aman Palestin menggesa agar akaun Aman Palestin dapat dinyahbekukan dengan segera berikutan ramai lagi saudara kita di Palestin, Syria dan Yaman yang ketika ini amat memerlukan bantuan dairpada kita untuk terus hidup.

Kelestarian hidup dengan menjaga Agama, Nyawa, Akal, Keturunan dan Harta adalah tunjang kehidupan. Ia wajib dipelihara dan diperjuangkan oleh kita semua. Alhamdulillah walaupun ujian melanda, beberapa projek mega Aman Palestin dapat juga disempurnakan di bumi Syria. Ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab dan komitmen kita. Terima kasih para penyumbang. Perjuangan tanpa noktah.

#AmanPalestin
#PerjuanganTanpaNoktah
#18TahunAmanPalestin
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,628,330
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....