000000
X
PALESTIN
Hamas Kecam Lantikan Duta PBB Israel Sebagai Naib Presiden Perhimpunan Agung PBB
Oleh: Rusydan Yusup
10 Jun 2022 | 12.38 tengahari
PBB - Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Gilad Erdan, telah dipilih memegang jawatan naib presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), dalam satu langkah yang akan memberikan Tel Aviv lebih kuasa ke atas institusi tersebut, lapor Middle East Monitor.

Sebagai salah seorang daripada 21 naib presiden dalam UNGA, Erdan akan memulakan peranannya selama setahun pada bulan September, apabila perhimpunan itu bakal diadakan untuk sesi tahunannya, membolehkan beliau mempengerusikan mesyuarat dan terlibat dalam penetapan agenda mesyuarat tersebut.

Pelantikan Erdan ke jawatan itu diramalkan memberikan Israel lebih banyak pengaruh dalam PBB secara keseluruhan, dengan Erdan menyebutnya sebagai platform yang berharga dalam menghadapi "pembohongan berterusan rakyat Palestin dan pihak lain di PBB."

Mengulas mengenai pelantikan tersebut, Pertubuhan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) menyatakan bahawa pelantikan tersebut merupakan penghinaan terhadap nilai kebebasan dan keadilan serta memberikan ancaman kepada keselamatan dan kestabilan antarabangsa.

Hamas turut mengutuk sekeras-kerasnya pelantikan tersebut dan menyatakan tindakan tersebut merupakan provokasi terhadap perasaan rakyat Palestin dan penyokong keamanan dan keadilan di seluruh dunia.

Ia juga penghinaan kepada masyarakat antarabangsa, yang mempunyai tanggungjawab untuk menamatkan penjajahan Israel di Palestin dan mendesak Israel dipertanggungjawab atas jenayah dan keganasan mereka menentang rakyat Palestin dan negara Arab.

Hamas juga menyeru PBB dan negara-negara sahabat menyokong hak rakyat Palestin mendapatkan kebebasan dan hak menentukan nasib sendiri untuk menukarkan keputusan kejam ini bagi memelihara hak asasi manusia dan tidak memberikan kekebalan kepada penjenayah perang Israel daripada hukuman dan akauntabiliti di hadapan mahkamah antarabangsa.
Kongsi:
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,599,339
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....