000000
X
PALESTIN
Al-Qassam Sudah Bersedia Sejak 2022, Kaji Semua Segi Peperangan - Abu Ubaidah
Oleh: Abdur Rahman Raji
14 Oktober 2023 | 9.22 pagi
Abu Ubaidah, Jurucakap Rasmi Briged Al-Qassam, menerangkan  Operasi Taufan Al-Aqsa bertujuan untuk memusnahkan Kem Ketenteraan Penjajah Israel di Gaza, melalui serangan yang melibatkan 15 lokasi, diikuti dengan serangan ke atas 10 lokasi oleh tentera tambahan. 

Abu Ubaidah turut menambah dalam ucapan rakamannya, bahawa operasi ini bermula dari analisis dan kajian mengenai tanah dan cuaca serta kesan-kesannya ke atas lokasi operasi, termasuk menilai situasi maklumat melalui kajian sistem perang musuh, termasuk susunan, penyebaran, taktik, tipu muslihat, dan latihan mereka. 

"Kami telah menjalankan taktik muslihat strategik terhadap penjajah sejak tahun 2022 dengan mengatasi beberapa peristiwa taktikal dan sebahagian peperangan yang diperlukan dan sah, serta tidak menggunakan banyak kekuatan kami, dan dalam banyak pertempuran itu, kami mengambil sikap yang boleh dijelaskan sebagai neutral, semua ini untuk memperoleh masa untuk menyediakan diri untuk pertempuran supaya musuh tidak sempat mengesan kerosakan dari pihak kami," tambahnya. 

Abu Ubaidah menekankan bahawa kepimpinan Al-Qassam telah membuat keputusan untuk menjadikan pertempuran seterusnya (kali ini) sebagai titik anjakan dengan musuh, dengan mengemukakan tema Al-Quds, Al-Aqsa, dan Tawanan. Beliau turut menunjukkan bahawa apa yang telah dicapai adalah sebuah pencapaian yang membanggakan dalam sejarah konflik, yang akan terus dikenang dalam ingatan generasi-generasi, dan akan memberi kesan besar kepada perjuangan rakyat dan ummah. Abu Ubaidah menjelaskan bahawa Briged Al-Qassam telah bekerja tanpa henti untuk mencapai matlamat ini dan untuk merangka kejayaan ketenteraan bersejarah ini, yang akan dikaji selama beberapa dekad yang akan datang. 

Dia juga merujuk kepada perancangan Al-Qassam untuk mengendalikan senjata api, pelindung, dan gangguan siber musuh untuk mengelirukan mereka daripada mengesan gerakan pasukan ke tembok penghadang. Tambahnya lagi rancangan untuk membuka bahagian sisi dalam sistem tembok penghadang telah dilaksanakan oleh pasukan kejuruteraan untuk memastikan kelancaran laluan pasukan tentera Al-Qassam. 

Rancangan tipu muslihat turut dilaksanakan, termasuk menentukan sasaran dan keutamaan, serta laluan untuk mencapainya, selain daripada rancangan untuk menyerang lokasi dan operasi pulang bersama tawanan oleh pasukan infantri, marin, dan pasukan terjunan paraglider burung helang. 

Abu Ubaidah mengakhiri ucapan dengan meyakinkan bahawa pertempuran ini akan berlanjutan di medan perang di semua kawasan operasi dan ia akan dikawal walaupun tindakan balas musuh dan pembunuhan ke atas warga awam yang tidak bersalah terus berlaku. 

Pada Sabtu pagi, Briged Al-Qassam, sayap ketenteraan Gerakan Hamas, melancarkan Operasi Taufan Al-Aqsa terhadap lokasi tentera dan penempatan penjajah Israel di sempadan Gaza sebagai tindak balas terhadap serangan penjajah ke atas Masjidil Aqsa yang suci, serta pengepungan Gaza yang berterusan selama 17 tahun berturut-turut.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,627,678
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....