000000
X
PALESTIN
Tamatkan Jualan Senjata Kepada Israel - MP Britain
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
16 Mei 2022 | 7:42 AM
LONDON - Ahli Parlimen Britain untuk Leicester East, Claudia Webbe, semalam menggesa untuk menamatkan penjualan senjata kepada 'Israel' susulan peningkatan pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Ahli Parlimen Britain berkenaan memuat naik ciapan di laman twitter Sabtu lalu, "Tamatkan penjualan senjata kepada Israel."

Beberapa jam sebelum itu, Webbe menggunakan twitter untuk mengutuk pembunuhan wartawan veteran Al-Jazeera, Shereen Abu Aqleh ketika beliau membuat liputan mengenai serangan tentera Israel ke kem pelarian Jenin di Tebing Barat awal rabu lalu.

Walaupun memakai topi keledar dan jaket yang jelas dapat dikenal pasti bahawa beliau merupakan wartawan, Shereen Abu Aqleh ditembak di mukanya dengan peluru yang dilepaskan oleh tentera rejim semasa serbuan itu.

Ahli Parlimen Britain itu turut mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera rejim Israel memukul dan menyerang orang ramai yang berkabung membawa keranda Shereen Abu Aqleh menjelang pengebumiannya di Kota Lama Baitulmaqdis.

"Tanpa ragu-ragu, saya mengecam polis Israel dan tentera Israel atas pembunuhan seorang wartawan serta memukul mereka yang membawa kerandanya. Seluruh dunia sedang memerhatikan anda. Kami memerhatikan anda," kata Webbe dalam ciapannya pada Jumaat lalu. - Quds News
Kongsi:
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,597,258
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....