000000
X
PALESTIN
Rakyat Palestin Terpaksa Merobohkan Rumahnya Sendiri di Baitulmaqdis
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
15 Ogos 2023 | 12.15 tengahari
BAITULMAQDIS - Seorang penduduk Palestin terpaksa merobohkan rumahnya sendiri di kawasan kejiranan Musrara di Baitulmaqdis dengan alasan pembinaan tidak mendapat kebenaran, kata pemilik rumah, Mohammed al-Qaq.

Pemilik rumah tersebut berkata berkata bahawa dia hari ini terpaksa merobohkan rumahnya yang menjadi tempat tinggal bersama keluarganya sejak tahun 2014. Perbandaran Israel mengancam akan bertindak merobohkan rumah itu jika tidak dirobohkan sendiri oleh pemilik rumah dan mewajibkannya membayar kos yang sangat tinggi.

Menggunakan alasan membina tanpa permit, yang jarang diberikan kepada rakyat Palestin di bandar yang diduduki, majlis perbandaran Israel telah mengutuk ratusan rumah milik Palestin sebagai sebahagian daripada dasar yang bertujuan untuk menyekat pengembangan dan bilangan rakyat Palestin di Baitulmaqdis

Pada masa yang sama, majlis perbandaran dan kerajaan membina puluhan ribu unit rumah di penempatan haram di Baitulmaqdis Timur untuk orang Yahudi mengimbangi keseimbangan demografi yang memihak kepada orang Yahudi di bandar tersebut.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,655,947
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....