000000
X
PALESTIN
Tahanan Palestin Tingkatkan Protes Mogok Secara Kolektif Terhadap Israel
Oleh: Abdur Rahman Raji
14 Ogos 2023 | 10.30 malam
  Para tahanan administratif Palestin telah meningkatkan langkah-langkah protes yang lebih baharu bermula hari ini, bagi menentang pihak rejim penjara Israel sebagai bantahan terhadap tahanan adminstratif yang dijalankan.

Para tahanan Palestin tersebut menjelaskan bahawa langkah-langkah ini akan mencapai kemuncaknya dalam mogok lapar kolektif secara terbuka oleh semua tahanan administratif, serentak dengan pemboikotan terhadap mahkamah-mahkamah tentera.

Pada masa ini, 13 orang tahanan Palestin sedang menjalani mogok lapar terbuka, sebagai protes terhadap tahanan administratif di dalam penjara-penjara Israel tanpa pertuduhan atau perbicaraan.

Mogok oleh 13 orang tahanan ini sejajar dengan tindakan-tindakan protes yang dimulakan oleh tahanan administratif di penjara Ofer dan beberapa pusat tahanan lain.

Kira-kira 60 orang tahanan lain pula masih enggan untuk mengambil bahagian dalam perbicaraan mahkamah-mahkamah tentera penjajah Israel.

Abd al-Qader al-Khatib, Timbalan Ketua Suruhanjaya Hal Tahanan dan Bekas Tahanan, menyatakan bahawa tahanan administratif ini memilih mogok lapar apabila semua laluan undang-undang, politik, dan kehakiman telah menemui jalan buntu.

Al-Khatib mengesahkan bahawa tahanan telah memilih mogok lapar setelah beberapa percubaan dialog dengan pihak berkuasa penjara terbukti sia-sia. Tambahnya lagi, tahanan administratif sendirilah yang akan menentukan mekanisme langkah-langkah protes pada masa depan, dan mengeluarkan amaran bahawa hari-hari mendatang akan lebih mencabar.

Rejim tentera Israel telah mengeluarkan 1,978 perintah tahanan administratif sejak permulaan tahun 2023, dengan jumlah tertinggi dicatatkan pada bulan Julai.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,667,484
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....