000000
X
PALESTIN
Tempoh Tahanan Ahmed Manasrah Di Panjangkan 6 Bulan Lagi
Oleh: Nadhratul Hana’ Mohd Soberi
16 Ogos 2022 | 10.30 PM
BERSHEBA - Mahkamah Israel melanjutkan tempoh tahanan Ahmed Manasrah (20 tahun) sehingga enam bulan atas tuduhan melawan pihak kerajaan haram Israel.

Peguam, Khaled Zabarka memaklumkan bahawa tempoh lanjutan tahanan Manasrah bermula 21 Mei 2022 dan akan berakhir pada 21 November 2022 walaupun beliau sedang menghadapi masalah kesihatan fizikal dan psikologi.

Zabarka menggesa pihak Zionis Israel bertanggung jawab ke atas kesihatan psikologi dan fizikal Manasrah kerana mereka sering mengabaikannya yang berkemungkinan akan membawa kepada keadaan yang lebih parah.

Dalam pada itu, pihak Zionis Israel telah memindahkan tahanan Manasrah dari penjara ‘Eshel’ di Bersheba ke penjara ‘Hashikma’ di Ashkelon baru-baru ini.

Pakar psikiatri yang terdiri daripada 36 orang juga turut menggesa pembebasan Ahmed Manasrah kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan. Laporan perubatan telah mengesahkan bahawa Manasrah menghidap Skizofrenia akibat seksaan yang dialami olehnya pada usia yang terlalu muda.

Bersangkutan dengan itu, Ahmed Manasrah ialah seorang pemuda yang dilahirkan pada 22 Januari 2022 di Baitul Maqdis dan mempunyai sepuluh adik beradik serta merupakan anak lelaki sulung dalam keluarganya. Beliau merupakan pelajar di Madrasah Al-Jil Al-Jadid di Baitul Maqdis sebelum ditangkap pada tahun 2015 semasa berumur 8 tahun. - Paltimes
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,966
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....