000000
X
PALESTIN
Presiden Abbas Tiba di Mesir untuk Menyertai Sidang Kemuncak Tiga Negara
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
14 Ogos 2023 | 11.35 tengahari
MESIR - Presiden Mahmoud Abbas telah tiba di bandar peranginan pantai Mesir New El-Alamein pada Ahad lalu bagi tujuan urusan rasmi. Presiden Abdel Fattah el-Sisi telah menjemput Presiden Mahmoud Abbas untuk menyertai persidangan tiga penjuru di antara Mesir, Jordan  dan Palestin.

Duta Palestin ke Mesir, Diab al-Louh berkata sidang kemuncak tiga negara yang menghimpunkan Presiden Mahmoud Abbas, Abdel Fattah el-Sisi, dan raja Jordan, Raja Abdullah II di kota El-Alamein akan membincangkan pelbagai isu di peringkat Arab, serantau dan antarabangsa untuk menyatukan pendirian mereka tentang cara menangani gerakan politik, isu-isu serantau dan antarabangsa.

Ketiga-tiga pemimpin itu juga akan berbincang tentang  perkembangan terkini isu Palestin dan menyelaraskan pendirian untuk mendapatkan sokongan antarabangsa bagi menamatkan penderitaan rakyat Palestin, mencapai hak kebangsaan mereka yang sah untuk kebebasan dan kemerdekaan, serta menubuhkan negara Palestin dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,665,041
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....