000000
X
PALESTIN
Israel Perintah Keluarga Palestin Keluar dari Rumah dan Tanggung Kos Pengusiran
Oleh: Abdur Rahman Raji
13 Ogos 2023 | 9.45 malam
Rejim tentera Israel telah mengarahkan sebuah keluarga Palestin untuk membayar hampir 50,000 shekel untuk menampung kos pengusiran mereka dari rumah mereka pada bulan Julai demi kepentingan para penjajah haram Israel.

Ahli keluarga Palestin itu, Noura Sub Laban, memberitahu bahawa rejim Israel tersebut memerintahkan keluarganya untuk membayar 9,000 dollar untuk menampung kos pengusiran mereka dari rumah mereka sendiri selepas tamat proses perundangan yang berlarutan selama beberapa dekad.

Tambahnya lagi, pihak rejim Israel telah cuba selama bertahun-tahun untuk mengusir keluarganya, dan sekarang mereka meminta kos perundangan dan kos operasi pengusiran mereka. Beliau juga menunjukkan bagaimana dasar sistematik Israel yang secara paksa mengusir penduduk Palestin demi keuntungan penjajahan para penduduk Yahudi-Israel yang tidak sah.

Pada Jun 2023, Mahkamah Tinggi Israel memutuskan bahawa ibu bapa Palestin, Noura Ghaith yang berusia 68 tahun dan suaminya Mustafa Sub Laban yang berusia 72 tahun, boleh diusir secara paksa pada bila-bila masa antara 28 Jun hingga 13 Julai setelah mereka melalui semua proses perundangan.

Pada 11 Julai, rejim Israel dan puak ekstrimis Yahudi-Israel telah  mengusir keluarga Palestin tersebut dari rumah yang mereka telah tinggal selama lebih 70 tahun.

Keluarga Sub Laban telah menyewa rumah itu sejak tahun 1953, ketika separuh timur Baitulmaqdis, termasuk Bandar Lama, berada di bawah pentadbiran Jordan.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,660,367
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....