000000
X
PALESTIN
Puak Yahudi Ceroboh Sekolah, Rosakkan Fasiliti dan Kelas Rakyat Palestin
Oleh: Abdur Rahman Raji
13 Ogos 2023 | 8.30 malam
Puak ekstrimis yahudi Israel telah menceroboh Sekolah Al-Tahadi di komuniti Badwi Wadi Al-Siq, timur bandar Ramallah yang diduduki di Tebing Barat, dan merosakkan banyak infrastruktur dan fasiliti di dalamnya, mengikut sumber tempatan.

Hassan Malihat, Penyelia Am Pertubuhan Al-Baydar Pertahanan Hak Badwi, memberitahu media tempatan bahawa sekumpulan puak ekstrimis yahudi telah menyelinap masuk ke sekolah tersebut, di mana mereka merosakkan tingkap-tingkap dan banyak isi kandungannya serta mencemari kawasan tersebut.

Penduduk komuniti Palestin di situ  telah menghadapi serangan berterusan oleh puak ekstrimis yahudi beserta tentera Israel dalam usaha untuk memaksa mereka meninggalkan tanah kediaman mereka.

Pihak berkuasa rejim Israel baru-baru ini telah meningkatkan usaha penindasan mereka terhadap komuniti Palestin Badwi Wadi al-Siq, yang juga sebahagian daripada usaha mereka untuk mengusir penduduk tempatan dan menggantikan mereka dengan puak ekstrimis penjajah yahudi.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,657,062
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....