000000
X
PALESTIN
Dua Nelayan Gaza Ditahan oleh Rejim Israel, Bot Dirampas
Oleh: Abdur Rahman Raji
12 Ogos 2023 | 10.30 malam
Pasukan rejim tentera laut Israel hari ini merampas sebuah bot nelayan Palestin di bahagian pantai utara Gaza, serta menahan dua orang nelayan, Anas Sharif Al-Sultan, 27 tahun, dan Muhammad Rafi Al-Sultan, 14 tahun.

Menurut penduduk tempatan, rejim Israel menyerang sebuah bot nelayan kecil yang sedang belayar dalam kawasan tiga batu nautika dari pantai utara Gaza dan merampas bot tersebut selepas menahan dua orang nelayan yang berada di atas bot itu.

Jawatankuasa Nelayan Palestin menyatakan bot perang Israel telah melepaskan tembakan ke arah nelayan-nelayan di utara Semenanjung Gaza, dan menahan dua mangsa nelayan, selepas menyerang bot pancing mereka di kawasan Al-Sudaniyya di utara Semenanjung Gaza.

Situasi kekacauan dan tahanan yang dibuat oleh tentera Israel terhadap petani dan nelayan Gaza telah berlaku hampir setiap hari, tanpa menghiraukan sebarang perjanjian gencatan senjata yang sedang berjalan di peringkat Gaza atau pun undang-undang antarabangsa. Menurut data angka Palestin, kira-kira 50,000 penduduk Gaza mencari nafkah melalui penangkapan ikan.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,975
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....