000000
X
PALESTIN
Komuniti Palestin Telah Hilang Akibat Keganasan Pendatang Haram Israel - NGO
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
12 Ogos 2023 | 10.30 pagi
RAMALLAH – Majlis Perlindungan Pelarian Norway menyatakan dalam satu laporan semalam bahawa keganasan pendatang Israel termasuk pengambilalihan haram tanah Palestin yang memindahkan hampir 500 rakyat Palestin secara paksa daripada tujuh komuniti sejak 20 bulan lalu.

“Terdapat seluruh masyarakat Palestin yang dihapuskan dari peta akibat keganasan yang tidak henti-hent bahkan gangguan yang dilakukan oleh pendatang Israel malah dalam beberapa kes, ia mendapat galakan pihak berkuasa Israel,” kata Ana Povrzenic, pengarah negara NRC untuk Palestin.

“Penubuhan pos-pos penempatan secara pesat dan pengambilalihan tanah Palestin mencekik masyarakat Palestin, memusnahkan mata pencarian mereka malah meletakkan nyawa rakyat Palestin dalam bahaya. Rakyat Palestin tidak mempunyai pilihan selain melarikan diri, meninggalkan rumah, sekolah dan pekerjaan mereka.”

Baru-baru ini, sedozen keluarga yang terdiri daripada 89 rakyat Palestin, termasuk 39 kanak-kanak, telah dipindahkan secara paksa dari kampung Ras At-Tin, timur Ramallah, berikutan peningkatan gangguan dan mengambil alih tanah ragut masyarakat dan menubuhkan ladang anggur di sebelah pangkalan tentera Israel.

Hampir 60 komuniti Palestin di Tebing Barat yang dijajah menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk pemindahan secara paksa disebabkan keganasan pendatang haram dan askar Israel, pengembangan penempatan haram termasuk amalan Israel yang sangat diskriminasi serta perancangan rejim yang menyalahi undang-undang.

“Tanpa rasa bertanggungjawab oleh Israel, semakin ramai komuniti Palestin akan dipindahkan secara paksa,”tegas Povrzenic. “Berapa banyak lagi Ras At-Tin yang perlu ada sebelum masyarakat antarabangsa bertindak?"
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,659,675
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....