000000
X
PALESTIN
Senator Australia Desak Kerajaan Iktiraf Kedaulatan Palestin
Oleh: Abdur Rahman Raji
11 Ogos 2023 | 10.15 malam
Senator Australia, Lidia Thorpe, telah menyeru kerajaan Australia untuk mengiktiraf kedaulatan negara Palestin ke atas tanah-tanah yang diduduki secara haram oleh Israel sejak tahun 1967 dan meminta rejim Israel untuk mengakhiri penjajahan haram tersebut.

"Pemerintah ini (Australia) mesti mengiktiraf kedaulatan di luar negara dan di dalam negara, mengiktiraf kedaulatan rakyat Palestin ke atas semua tanah yang diambil sejak tahun 1967 dan mesti menyeru kerajaan Israel mengakhiri penjajahan haram," kata Thorpe dalam ucapan di hadapan Senat Australia.

Senator Thorpe juga menyambut baik perubahan bahasa Kerajaan Australia pada minggu ini yang mengiktiraf penjajahan Israel terhadap Palestin sebagai tindakan haram di bawah undang-undang antarabangsa, dan menyeru kerajaan untuk terus bergerak di atas fakta kebenaran tersebut.

Beliau mengutuk "penjajahan ekstrimis di Palestin, kebiadaban kuasa kolonial iaitu Israel dan pembunuhan awam yang diluluskan oleh kerajaan rejim Israel itu terhadap rakyat Palestin."

"Pada tahun 2022, rejim Israel telah membunuh lebih daripada 170 orang Palestin, termasuk 53 kanak-kanak. Sejak permulaan tahun 2023, 160 nyawa telah diambil, termasuk 35 kanak-kanak. Tiga daripada pembunuhan ini berlaku hanya 4 hari yang lalu."

"Kami tahu bagaimana rasanya menjadi mangsa keganasan yang meragut lebih banyak nyawa seiring berlalunya masa, tanpa sesiapa tampil untuk bersikap serius. Kami tahu tentang apartheid, dan kami tahu bagaimana dijajah oleh kuasa yang tidak mampu mengiktiraf kebenaran."

"Hampir 140 negara termasuk Vatican telah mengiktiraf Palestin sebagai negara, tetapi tidak Australia. Tidak menghairankan, kuasa-kuasa kolonial adalah bersaudara dalam darah dan mempunyai masalah yang sama dengan mengiktiraf kedaulatan di dalam dan di luar negara." tambahnya lagi dalam ucapan di dewan Senat Australia itu.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,668,868
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....