000000
X
PALESTIN
Genap 19 Tahun Dipenjara Atas Perjuangan Melawan Israel
Oleh: Abdur Rahman Raji
11 Ogos 2023 | 9.45 malam
  Tahanan politik Palestin di dalam penjara Israel, Daoud Ahmad Sbeih, 52 tahun, harini telah masuk tempoh tahanan bagi tahun ke-19 di dalam penjara Israel, menurut laporan oleh Kesatuan Tahanan Palestin (PPS).

Daoud Sbeih, yang berasal dari bandar Al-Ubeidiya di wilayah selatan Tebing Barat, telah ditahan pada tarikh 11 Ogos 2004, dan dihukum penjara seumur hidup kerana perjuangannya menentang penjajahan Israel.

Beliau telah berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak, yang paling bongsu ketika itu masih dalam kandungan ibunya ketika Daoud Sbeih ditahan oleh pihak berkuasa rejim Israel.

Kini terdapat lebih 4,700 tahanan Palestin yang masih berada di dalam penjara rejim Israel, atas faktor perjuangan menentang penjajahan Israel dalam tanah air mereka.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,664,848
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....