000000
X
PALESTIN
Dua Syarikat Sepanyol Digesa Menarik Diri Dari Projek Landasan Ringan Israel - Menteri Ekonomi
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
9 Ogos 2023 | 9.45 malam
RAMALLAH -  Menteri Ekonomi Negara Khaled Osaily semalam menyeru Menteri Perindustrian, Perdagangan dan Pelancongan Sepanyol, Hector Jose Hernandez, untuk mengambil langkah segera terhadap syarikat Sepanyol CAF dan GMV yang terlibat dalam pembinaan dan pembesaran projek rel ringan di Baitulmaqdis dengan syarikat Israel Shapir.

Dalam surat yang ditujukan kepada rakan sejawatannya dari Sepanyol, Osaily menuntut kedua-dua syarikat itu menarik diri serta menghentikan projek haram berkenaan yang merupakan pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, terutamanya Resolusi Majlis Keselamatan PBB No. 2334 (2016), kerana projek itu adalah untuk mengembangkan laluan kereta api dan menghubungkan penempatan di Baitulmaqdis Timur dengan bahagian barat bandar itu.

Osaily menyatakan bahawa Baitulmaqdis Timur termasuk dalam bidang kuasa undang-undang Palestin mengikut undang-undang antarabangsa dan kedua-dua syarikat itu melanggar undang-undang bukan sahaja kerana mereka menjalankan perniagaan di penempatan haram, tetapi juga kerana mereka menyumbang kepada pemindahan paksa orang awam Palestin dan memutuskan hubungan antara komuniti mereka. Penglibatan kedua-dua syarikat berkenaan akan mengakibatkan tindakan undang-undang yang serius.

Dalam suratnya kepada syarikat berkenaan, Amnesty International menyatakan bahawa tindakan pembinaan penempatan haram merupakan jenayah perang di bawah Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Ia menegaskan bahawa kemasukan dalam pangkalan data ini bermakna syarikat telah secara langsung dan tidak langsung, membenarkan, memudahkan dan mendapat manfaat daripada pembinaan penempatan haram sekaligus menyumbang kepada pencabulan hak-hak penduduk Palestin secara sistematik, yang setara dengan jenayah perang yang diklasifikasikan dalam undang-undang jenayah antarabangsa.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,665,290
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....