000000
X
PALESTIN
Rejim Israel Keluar Perintah Musnahkan Rumah Penduduk Palestin
Oleh: Abdur Rahman Raji
8 Ogos 2023 | 8.45 malam
Pihak rejim tentera Israel hari ini mengeluarkan dua perintah untuk memusnahkan rumah-rumah di bandar al-Khader, di selatan bandar Bethlehem di bahagian selatan Tebing Barat, dengan alasan pembinaan tanpa permit, mengikut keterangan pegawai tempatan.

Hasan Breijieh, dari Suruhanjaya Pertahanan Tembok dan Penempatan, memberitahu media tempatan bahawa pihak rejim Israel memberi tempoh empat hari kepada pemilik-pemilik rumah yang terletak di bahagian selatan bandar tersebut untuk meruntuhkan rumah mereka.

Setiap rumah mempunyai luas 150 meter persegi, yang mana salah seorang pemiliknya adalah Samih Ahmad Salah. Terdapat sebuah rumah masih dalam status pembinaan, manakala ada sebuah lagi yang didiami oleh sebuah keluarga yang terdiri daripada lima orang.

Rumah Salah juga mengikut laporan, telah dimusnahkan empat kali sebelum ini oleh pihak penjajah Israel.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,661,243
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....