000000
X
PALESTIN
Statistik Lesen Senjata Meningkat, Penduduk Yahudi Diberi Kelonggaran Dapatkan Senjata
Oleh: Abdur Rahman Raji
6 Ogos 2023 | 9.15 malam
Statistik bilangan wanita Israel yang menerima lesen senjata, telah menunjukkan peningkatan yang membimbangkan sebanyak 88% dalam tempoh tujuh bulan yang lalu, berbanding tempoh tujuh bulan yang sama tahun lepas, menurut laporan media-media Israel. Hal ini berlaku apabila Menteri Keselamatan Kebangsaan Israel yang berhaluan ultranasionalis, Itamar Ben-Gvir memulakan program untuk melonggarkan sekatan dalam memperoleh senjata dalam rakyat Israel.

Dalam laporan tersebut, dikatakan bahawa 44% daripada wanita penduduk Israel yang memohon lesen senjata tinggal di penempatan haram  Israel yang dibina di atas tanah Palestin yang dicuri di Tebing Barat.

Sejak bulan April, Ben-Gvir telah memberi kelonggaran dalam kelayakan untuk mendapatkan lesen senjata kepada bekas dan anggota tentera sedia ada, anggota tentera simpanan, anggota pasukan keselamatan, dan pekerja kecemasan. Pada pertengahan Jun pula, kelonggaran turut diberikan kepada sukarelawan perubatan dan bekas anggota tentera yang bukan infantri Israel.

Pada awal Jun, bilangan lesen baru meningkat sebanyak 280% berbanding tempoh empat bulan yang sama pada tahun 2022, dengan jumlah keseluruhan lesen senjata yang diberikan sebanyak 11,393.

Sejak awal tahun ini, puluhan rakyat Palestin telah dibunuh oleh penduduk Yahudi-Israel, yang terakhir adalah Qusai Jamal Mu'tan, 19, yang terbunuh semasa serangan oleh penduduk Yahudi-Israel ke atas bandar Burqa, di timur Ramallah, pada malam Jumaat.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,670,361
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....