000000
X
PALESTIN
15 Rumah Rakyat Palestin Bakal Diroboh Oleh Penjajah Israel
Oleh: Abdur Rahman Raji
6 Ogos 2023 | 8.40 malam
Pihak rejim tentera Israel telah mengeluarkan notis-notis pemusnahan dan larangan pembinaan terhadap 15 buah rumah milik rakyat Palestin di kawasan Yatma, di selatan bandar Tebing Barat.

Ketua Majlis Kampung Yatma, Ahmad Abu Sanobar, menyatakan bahawa pasukan rejim Israel itu telah memasuki kawasan barat bandar tersebut, dan mengedarkan 15 notis termasuk perintah untuk memusnah dan menghentikan pembinaan rumah-rumah tersebut, selain dua notis untuk meruntuhkan dua tembok di kawasan tanah-tanah pertanian.

Beliau menambah lagi, keputusan pihak rejim penjajah ini diambil dengan alasan bahawa rumah-rumah tersebut dibina di kawasan yang dikelaskan sebagai Kawasan C, yang mana dianggap sebagai wilayah penuh pemilikan oleh rejim penjajah Israel.

Pada akhir Julai 2023 juga, lapan buah rumah rakyat Palestin di kawasan Nablus, Tebing Barat, telah diruntuhkan oleh pihak rejim penjajah Israel atas alasan yang sama.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,655,225
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....