000000
X
PALESTIN
Netanyahu dan Kerajaan Israel Galakkan Jenayah Terhadap Palestin - MOFAE
Oleh: Abdur Rahman Raji
5 Ogos 2023 | 9.45 malam
  Kementerian Luar Negeri & Pelarian Palestin (MOFAE)  mengutuk tindakan tembakan dan pembunuhan yang dilakukan oleh penjajah Israel terhadap seorang remaja Palestin yang tidak bersenjata di kampung Burqa, timur Ramallah. Kementerian tersebut menekankan bahawa peningkatan keganasan ekstremis yahudi di wilayah yang diduduki itu merupakan hasil langsung daripada hasutan rejim kerajaan Israel.


Semalam, anggota ekstremis yahudi bersenjata memasuki kampung Burqa dengan niat untuk mendirikan sebuah kawasan pemukiman di tanah kampung itu. Kemudian tembakan rambang telah dilakukan oleh ekstremis tersebut hingga mengakibatkan kematian Qusai Maatan, 19 tahun, dan mencederakan beberapa mangsa yang lain. Mereka juga membakar dua buah kenderaan dalam kejadian.


Dalam kenyataannya, Kementerian Luar Negeri Palestin menyatakan bahawa kegagalan rejim kerajaan Israel untuk menghukum ekstremis-ekstremis yang terlibat dalam kejahatan terhadap rakyat Palestin di masa lalu telah memberi dorongan kepada mereka untuk terus melakukan lebih banyak jenayah. Kementerian itu juga menuduh ahli-ahli kerajaan Israel seperti Itamar Ben Gvir dan Bezalel Smotrich, sebagai dalang yang memprovokasi jenayah ini.


Kementerian\ itu menekankan tentang akibat dan kesan serangan dan jenayah ini terhadap keseluruhan situasi, serta menuntut agar kerajaan rejim haram Israel di bawah Benjamin Netanyahu dan semua badan yang berkaitan bertanggungjawab sepenuhnya dan secara langsung atas jenayah serangan ini. Kementerian itu juga menyeru semua pihak serantau dan antarabangsa untuk menjalankan tanggungjawab mereka dan melakukan apa yang dikehendaki oleh undang-undang antarabangsa untuk melindungi rakyat Palestin.

Kementerian Luar Negeri Palestin menyatakan bahawa mereka akan terus memantau pelanggaran undang-undang dan hak asasi manusia ini dengan semua negara dan badan-badan antarabangsa, khususnya dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa, dengan tujuan untuk membongkar penjajahan dan kejahatan jenayah yang dilakukan oleh Israel sehingga wujud siasatan antarabangsa yang serius yang akan memaksa penjenayah perang Israel dan ekstremis yahudi bertanggungjawab atas kejahatan jenayah mereka.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,655,222
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....