000000
X
PALESTIN
Lebih 800 Serangan Terhadap Umat Islam Palestin Dalam Masa Sebulan
Oleh: Abdur Rahman Raji
5 Ogos 2023 | 9.20 malam
Rejim tentera Israel telah melakukan 897 serangan terhadap rakyat Palestin, harta benda awam, dan tempat-tempat suci umat Islam Palestin di sepanjang bulan Julai, menurut Laporan Bulanan Jawatankuasa Pertahanan Tembok dan Penempatan.

Dalam laporan tersebut menyatakan data serangan itu merangkumi serangan terus ke atas individu, vandalisme harta benda, kerosakan tanah, pencerobohan kampung, pemusnahan pokok, dan perampasan harta benda. Kebanyakannya berlaku di wilayah pentadbiran Jerusalem (148), diikuti oleh wilayah pentadbiran Nablus (140), dan wilayah pentadbiran Hebron (113).

Laporan itu turut menyatakan eksterimis yahudi telah melancarkan 202 serangan di pelbagai kawasan di Tebing Barat yang diduduki, terutamanya di wilayah pentadbiran Nablus (65), Ramallah (35), dan Hebron (28).

Jawatankuasa itu juga menyatakan bahawa sebanyak 139 perintah untuk meruntuhkan, menghentikan pembinaan, dan mengosongkan bangunan telah dikeluarkan pada bulan Julai, yang digambarkan sebagai "peningkatan rekod yang memberi amaran mengenai lebih banyak kemusnahan pada tempoh akan datang."

Laporan tersebut juga menyatakan bahawa rejim Israel dan ekstremis yahudi telah merosakkan sebanyak 2,552 pokok dengan memotong dan mencabut pokok-pokok tersebut, terutamanya di wilayah pentadbiran Nablus (1,173), diikuti oleh wilayah pentadbiran Hebron (695).

Selain itu, pada bulan Julai, pihak rejim Israel telah meneliti 33 struktur rancangan penempatan haram, di mana pembinaan 310 unit penempatan telah diluluskan, manakala sebanyak 622 unit penempatan telah diberikan kelulusan awal yang melibatkan luas tanah Palestin sebanyak 925,328 dunum.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,664,727
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....