000000
X
PALESTIN
37 Kanak-Kanak Palestin Telah Dibunuh, 160 Kanak-Kanak Ditangkap
Oleh: Abdur Rahman Raji
5 Ogos 2023 | 8.40 malam
Rejim tentera Israel telah membunuh 31 orang kanak-kanak di Tebing Barat dan 6 orang kanak-kanak di Semenanjung Gaza sejak awal tahun ini, menurut Ayed Abu Qutaish, Pengarah Program Akauntabilti, Defense for Children International (DCI).

Beliau memberitahu radio rasmi Voice of Palestine bahawa pihak rejim Israel telah menahan 160 orang kanak-kanak, termasuk 21 orang yang ditahan dalam tahanan administratif tanpa tuduhan atau perbicaraan dan berdasarkan keterangan rahsia.

Abu Qutaish menegaskan bahawa pembunuhan dan penahanan kanak-kanak Palestin semakin meningkat secara luar biasa, dan menambah bahawa masyarakat antarabangsa tidak memberikan perlindungan kepada kanak-kanak Palestin serta tidak menuntut tanggungjawab kepada pihak rejim penjajah atas jenayahnya.

Terbaru mangsa kanak-kanak yang terkena tembakan Israel ialah Mohammad Farid al-Za'areer, berusia 15 tahun, yang ditembak mati pada hari Rabu berhampiran bandar al-Samou di Tebing Barat selatan.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,664,284
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....