000000
X
PALESTIN
PMABCI Mendedahkan Indeks Keseluruhan Palestin Merosot
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
4 Ogos 2023 | 11.40 tengahari
RAMALLAH - Keputusan Indeks Kitaran Perniagaan Pihak Berkuasa Kewangan Palestin (PMABCI) mendedahkan bahawa indeks keseluruhan bagi Palestin telah merosot daripada 14.2 mata pada Jun kepada 5.9 mata pada Julai, berikutan penurunan di Tebing Barat dan kestabilan di Semenanjung Gaza, hari ini kata PMA.

Indeks keseluruhan di Tebing Barat menurun dengan ketara daripada 18.0 mata pada bulan Jun kepada 8.2 mata pada bulan Julai. Secara lebih terperinci, indeks pembinaan menurun (dari 4.9 kepada -0.2), indeks perdagangan menurun (daripada 2.8 kepada 0.4), indeks tenaga boleh diperbaharui (daripada 0.6 kepada 0.2), indeks pengangkutan dan penyimpanan (daripada 0.8 kepada -0.4). dan indeks IT dan komunikasi (dari 0.3 hingga -0.1). Manakala, indeks pembuatan serta pertanian masing-masing stabil sekitar 6.4 mata dan 1.8 mata.

Pemilik firma di Tebing Barat menunjukkan penurunan dalam tahap pengeluaran, jualan dan inventori. Tambahan pula, jangkaan mereka adalah negatif terhadap tahap pengeluaran dan pekerjaan untuk tiga bulan akan datang.

Di Semenanjung Gaza, indeks keseluruhan stabil pada sekitar -5.5 mata pada bulan Julai seperti pada bulan sebelumnya. Sub-indeks mempunyai prestasi bercampur-campur, di mana indeks pembinaan menurun (dari -3.6 kepada -5.2), dan indeks perdagangan (dari -3.9 kepada -6.6). Sebaliknya, indeks pembuatan meningkat (dari -1.4 kepada 0.0), indeks pertanian meningkat (dari -1.2 kepada 0.0), indeks pengangkutan dan penyimpanan bertambah baik daripada (1.1 kepada 2.3), dan indeks tenaga boleh diperbaharui meningkat (daripada 3.2 hingga 3.7). Sementara itu, indeks IT dan komunikasi stabil pada sekitar 0.3 mata.

Pemilik firma di Semenanjung Gaza menunjukkan peningkatan dalam pengeluaran dan penurunan dalam inventori dan tahap jualan. Walaubagaimanapun, jangkaan mereka adalah positif mengenai tahap pengeluaran untuk tiga bulan akan datang.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,674,568
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....