000000
X
PALESTIN
Presiden Abbas Berbincang Isu Kem Pelarian Ein al-Hilweh dengan Pemimpin Lubnan
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
4 Ogos 2023 | 10.30 pagi
RAMALLAH - Presiden Mahmoud Abbas hari ini berbincang dengan perdana menteri sementara Lubnan Najib Mikati dan Pemangku Ketua Pengarah Keselamatan Awam Lubnan, Mejar Jeneral Elias al-Bisari berhubung situasi di kem pelarian Ein al-Hilweh, di selatan pelabuhan selatan Lubnan Sidon, melalui panggilan telefon.

Menerusi panggilan telefon yang diterima daripada Mikati, Presiden Mahmoud Abbas mengesahkan bahawa kehadiran Palestin di Lubnan adalah bersifat sementara sehingga satu masa resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkaitan dilaksanakan juga menegaskan sokongan terhadap apa yang kerajaan dan tentera Lubnan lakukan untuk memelihara undang-undang, mengekalkan keamanan dan gencatan senjata.

Presiden Mahmoud Abbas menerusi panggilan telefon daripada Mejar Jeneral al-Bisari, membincangkan peristiwa semasa di kem pelarian Ein al-Hilweh dan menyarankan untuk mengekalkan ketenangan dan melakukan gencatan senjata. Beliau juga menegaskan sokongan terhadap apa yang dilakukan oleh pasukan keselamatan Lubnan untuk mengekalkan undang-undang dan keamanan.

Kem pelarian Ein al-Hilweh kembali tenang hari ini selepas kumpulan fundamentalis dikenali sebagai Jund al-Sham, yang berpangkalan di kem itu, melanggar gencatan senjata yang diumumkan dua hari lalu semasa mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Palestin di Kedutaan Palestin bertempat di Beirut.

Puak Jund al-Sham menyerang Fatah dan ibu pejabat Pasukan Keselamatan Negara Palestin di kem itu membunuh seorang mangsa dan mencederakan tiga yang lain.

Pertempuran meletus pada hari Ahad berikutan pembunuhan ketua Keselamatan Negara Palestin di kem, Mejar Jeneral Abu Ashraf al-Armoushi, dan tiga rakannya.

Ain al-Hilweh adalah rumah sementara kepada 55,000 rakyat Palestin yang telah diusir keluar dari rumah dan tanah mereka di Palestin semasa Nakba 1948 . Ianya satu malapetaka apabila Israel ditubuhkan dan sedang menunggu hak mereka untuk kembali ke tanah air mereka seperti yang diseru dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Resolusi 194 diterima pakai pada 11 Disember 1948.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,668,095
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....