000000
X
PALESTIN
26 Rakyat Palestin Ditangkap Rejim Israel Ketika Protes Bantah Keganasan
Oleh: Abdur Rahman Raji
3 Ogos 2023 | 9.00 malam
Rejim tentera Israel harini melaksanakan operasi penahanan besar-besaran di beberapa daerah sekitar Tebing Barat dengan menahan 26 orang Palestin, yang mana kebanyakan mangsa merupakan penduduk di daerah Hebron. Manakala di daerah Qalqilya, rejim tersebut menahan empat orang, termasuk dua beradik, manakala di  daerah Jenin, lima orang telah ditahan.

Selain itu, rejim tentera Israel juga menahan seorang dari daerah Nablus, serta 16 orang lain, termasuk tiga orang yang di bawah umur, dari Hebron.

Tangkapan besar-besaran itu dibuat setelah para pemuda dan penduduk Palestin mengadakan protes terhadap tembakan dan penangkapan terhadap beberapa kanak-kanak Palestin pada petang semalam.

Menurut Kamal Bani Odeh, Pengarah Pejabat Masyarakat Tahanan Palestin, tentera Israel semalam telah menahan seorang kanak-kanak bernama Osama Fayez al-Ghoul, serta terdapat laporan yang menunjukkan seorang kanak-kanak Palestin mengalami patah kaki apabila beliau terjatuh semasa melarikan diri dari askar.

Rejim Israel juga sering kali merampas rumah-rumah di Tebing Barat yang diduduki oleh rakyat Palestin, serta menahan mereka  atas pelbagai tuduhan.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,664,113
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....