000000
X
PALESTIN
Nelayan Gaza Cedera Ditembak Rejim Tentera Israel
Oleh: Abdur Rahman Raji
3 Ogos 2023 | 8.11 malam
Seorang nelayan Palestin cedera selepas ditembak oleh rejim tentera laut Israel ketika beliau sedang berlayar di perairan Gaza. Menurut sumber media tempatan, tragedi tersebut berlaku di kawasan timur al-Waha, barat laut bandar Gaza, dan mangsa telah dibawa ke Hospital al-Shifaa yang berada berdekatan dengan bandar tersebut.

Sejak Oktober 2000, pusat-pusat hak asasi manusia di Gaza telah mendokumentasikan beberapa kes jenayah Israel di perairan Palestin, termasuk pembunuhan dan penyitaan bot nelayan, sekaligus melanggar perjanjian Palestin-Israel yang terjamin di peringkat antarabangsa, yang membenarkan aktiviti nelayan dalam lingkungan empat hingga enam batu nautika dari pantai.

Walaupun ada perjanjian yang ditandatangani antara Palestin dan Israel, yang membenarkan nelayan untuk berlayar hingga 12 batu nautika di dalam Laut Mediterranean, rejim tentera laut Israel hampir setiap hari menembak nelayan di Gaza dan tidak membenarkan mereka berlayar lebih jauh daripada tiga batu nautika, yang menurut nelayan tidak mencukupi untuk mendapatkan hasil tangkapan ikan.

Sejumlah besar penduduk Gaza yang bergantung kepada aktiviti nelayan sebagai sumber pendapatan harian, telah menghadapi sekatan ketat yang telah dikenakan oleh Israel ke atas Semenanjung Gaza selama satu dekad.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,669,880
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....