000000
X
PALESTIN
Israel Halang Rakyat Palestin Sambut Kecemerlangan Mahasiswa
Oleh: Abdur Rahman Raji
2 Ogos 2023 | 9.40 malam
Rakyat Palestin telah dihalang oleh pihak berkuasa rejim Israel daripada merayakan pencapaian kejayaan mahasiswa sekolah menengah tinggi di Jerusalem Timur dalam ujian matrikulasi umum. Menurur sumber penduduk tempatan, rakyat palestin tersebut pada asalnya ingin mengadakan majlis keraian di bandar mereka.

Tentera rejim Israel telah memanggil presiden Kelab Silwan, Ahmad Ghoul, dan menyoal siasat beliau selama tiga jam di balai polis di Jerusalem Barat, kemudian diperintahkan untuk tidak mengadakan majlis keraian mahasiswa itu serta boleh dikenakan hukuman berat sekiranya melanggar arahan.

Perintah tersebut dikeluarkan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri Israel, Itamar Ben Gvir, yang menyatakan larangan sebarang sambutan majlis di mana-mana tempat Jerusalem.

Majlis tersebut dirancang untuk menyerahkan hadiah kepada para mahasiswa yang telah lulus ujian dengan markah yang tinggi. Namun pihak Israel telah menghalang dan membatalkan acara-acara rakyat Palestin dengan pelbagai alasan serta dengan langkah yang dianggap bersifat diskriminasi.

Dalam perkembangan semasa, rejim Israel kini lebih menyasarkan penentangan terhadap sekolah-sekolah Palestin serta melarang mereka untuk belajar kurikulum dan buku-buku pelajaran Palestin, bahkan menggantikannya dengan buku-buku pelajaran yang dikeluarkan oleh pihak rejim Israel sendiri.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,639
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....