000000
X
PALESTIN
Rejim Israel Mahu Roboh Rumah Penduduk Palestin
Oleh: Abdur Rahman Raji
2 Ogos 2023 | 8.30 malam
Seorang pemilik rumah warga Palestin, Mithqal Habib, hari ini menerima perintah roboh dari Israel terhadap rumahnya di kampung Jiftlik, utara kota Tebing Barat, dengan alasan bahwa rumah tersebut didirikan di kawasan Tebing Barat yang telah dijadikan penempatan haram, yang berada di bawah pentadbiran  penuh rejim Israel.

Sumber-sumber tempatan mengatakan rejim penjajah Israel telah memasuki rumah Mithqal Habib, melakukan siasatan dan penggeledahan, kemudian memberikan perintah roboh terhadap rumahnya.

Pihak rejim juga memberi beliau tempoh waktu sehingga 16 Ogos  untuk meninggalkan rumahnya.

Pada Disember 2022, rejim Israel telah merobohkan 4 rumah di kawasan kampung Jiftlik di atas alasan yang sama dan menyebabkan puluhan ahli keluarga Palestin menderita hilang penempatan.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,654,990
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....