000000
X
PALESTIN
Balsama Center Lubnan Turut Zahir Rasa Dukacita Atas Pemergian Almarhum Dr. Soberi Awang
Oleh: Miftahul Khair
3 Ogos 2023 | 10.00 pagi
LUBNAN - Menerusi satu hantaran surat rasmi daripada Balsama Health Care Center kepada Aman Palestin, mereka menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Almarhum Dr. Mohd Soberi Awang pada Ahad yang lalu.

Ramzi Zeidan, Pengurus Balsama Center di Saida, Lubnan mengucapkan takziah buat ahli keluarga Dr. Soberi dan pemergian Dr. Soberi menjadi satu khabar yang mengejutkan buat mereka di Lubnan.

"Kami amat sedih mendengar berita kehilangan Dr. Mohd Soberi Awang dan pemergiannya satu kejutan yang amat besar untuk kami semua. Bagi pihak Balsama Health Care Center, kami mengucapkan takziah kepada seluruh masyarakat Malaysia atas kehilangan ini", kata beliau dalam hantaran surat rasmi tersebut.

Almarhum Dr. Mohd Soberi Awang menghembuskan nafas terakhir pada 30 Julai 2023 semasa beliau sedang menyampaikan kuliah subuh di Musalla Al-Ittihadiyyah, Shah Alam.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,722
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....