000000
X
PALESTIN
Puak Pendatang Israel Memasang Pagar di atas Tanah Palestin Secara Haram
Oleh: Abdur Rahman Raji
1 Ogosi 2023 | 10.26 malam
Puak pendatang Israel hari ini memasang pagar di sebahagian tanah di antara penempatan haram Israel, Maskiot dan Rotem, di Lembah Jordan utara, sebagai sokongan bagi penambahan penempatan haram Israel berhampiran dengan Ein Al-Hilweh di lembah tersebut.

Menurut Ketua Majlis kampung Al-Maleh di Lembah Jordan Utara, Mahdi Daraghmeh, bahawa kumpulan pendatang Israel itu meletakkan dawai berduri di atas sebahagian tanah milik penduduk Palestin untuk menghalang penduduk tersebut daripada menjejaki tanah mereka.

Beliau menambah, pemagaran haram tersebut bertujuan untuk merampas lebih banyak tanah Palestin untuk tujuan penempatan haram, dan hal ini dibuktikan lagi dengan beberapa penduduk Palestin yang telah menerima ancaman dalam beberapa hari sebelum ini untuk meninggalkan tanah dan rumah mereka.

Penempatan haram Israel telah melaksanakan polisi merampas tanah Palestin di Lembah Jordan utara, dengan tujuan menindas rakyat Palestin dan memaksa untuk meninggalkan rumah mereka.

Pengambil alihan tanah rumput tersebut turut menimbulkan ancaman yang besar terhadap mata pencarian penternak Palestin yang sangat bergantung kepada kawasan ini untuk ternakan mereka.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,658,975
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....