000000
X
PALESTIN
Puluhan Ekstremis Yahudi Ceroboh Al-Aqsa, Buat Upacara Talmud
Oleh: Abdur Rahman Raji
1 Ogos 2023 | 10.00 malam
Puluhan pendatang ekstremis Yahudi hari ini menceroboh Masjid Al-Aqsa serta melakukan ritual Talmud secara provokatif, di bawah perlindungan ketat pihak keselamatan Israel. 

Gerombolan pendatang ekstremis tersebut dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menyerang Masjid Al-Aqsa melalui pintu al-Maghariba dan membuat terjahan provokatif di kawasan masjid tersebut.

Sementara itu, pasukan keselamatan Israel berada di halaman masjid, serta beberapa pegawai keselamatan itu memanjat ke atas bumbung Masjid Al-Qibli untuk melindungi ekstremis Yahudi tersebut, dan menghalang kedatangan orang-orang Palestin di situ. Pasukan keselamatan Israel turut menghalang orang Palestin di bawah usia 50 tahun daripada masuk ke Masjid Al-Aqsa untuk melaksanakan solat.

Tragedi ini berlaku ketika pasukan rejim Israel dalam usaha meningkatkan halangan mereka terhadap rakyat Palestin yang datang ke masjid, dengan memeriksa kad pengenalan mereka dan menahan mereka seketika.

Pada bulan Julai 2023, sekitar 6500 orang pendatang ekstremis Yahudi menyerbu halaman-halaman Masjid Al-Aqsa dan melakukan ritual Talmud yang provokatif di kawasannya.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,655,160
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....