000000
X
PALESTIN
Omar Kamil Teruskan Mogok Lapar
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
1 Ogos 2023 | 1.47 tengahari
Tahanan pentadbiran penjara Israel, Omar Kamil meneruskan mogok lapar beliau pada hari ke-19 berturut-turut sebagai bantahan terhadap penahanan beliau.

Omar telah ditahan sejak Mac yang lalu dan perintah tahanan terhadapnya telah dikeluarkan selama tempoh 6 bulan. Beliau menyatakan bahawa beliau akan mengadakan protes mogok lapar selama beberapa hari selepas kesyahidan Sheikh Khader Adnan pada Mei yang lalu sebagai protes terhadap tahanan beliau dan kecuaian terhadap perubatan beliau.

Omar Kamil berumur 50 tahun berasal dari bandar Qabatiya di Wilayah Jenin. Beliau merupakan bapa kepada Assyahid Mahmoud Kamil yang meninggal dunia di Baitulmaqdis pada Disember 2020.

Pihak berkuasa Israel dan pentadbiran penjara mendakwa mereka mempunyai “fail rahsia” yang tidak boleh didedahkan pada umum sama sekali, kerana tahanan tidak mengetahui tempoh hukumannya atau apakah pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. Selain itu, tahanan pentadbiran ini sering terdedah kepada pembaharuan tempoh tahanan yang dilanjutkan sehingga tiga bulan, enam bulan, lapan bulan dan boleh jadi juga sehingga setahun.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,661,966
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....