000000
X
PALESTIN
Tangkapan Politik Pihak Berkuasa Palestin Wajar Dihentikan
Oleh: Abdur Rahman Raji
31 Julai 2023 | 9.45 malam
Jawatankuasa Keluarga Tahanan Politik menuntut pembebasan segera bagi tahanan politik dan menghentikan jenayah yang disasarkan kepada warga awam dan wartawan atas dasar politik. Jawatankuasa itu juga menyeru institusi hak asasi manusia dan media untuk mengambil tanggungjawab sekaligus memberi tekanan kepada pihak berkuasa keselamatan Palestin untuk membebaskan semua tahanan politik. 

Perisikan Pihak Berkuasa Palestin hari ini telah menahan wartawan Sami Al-Saee dari tempat kerjanya, dan meningkatkan kadar jumlah tahanan politik kepada 42 orang. Sami Al-Saee sebelum ini pernah ditahan oleh Badan Keselamatan Pencegahan selama 23 hari atas dasar pendapat politik dan pandangannya, kemudian beliau dilepaskan dengan wang jaminan bernilai 5000 dinar Jordan. Wartawan tempatan itu turut pernah ditahan beberapa kali oleh pihak berkuasa keselamatan dan pernah menjadi tahanan bebas sebelum ini setelah dipenjara selama sembilan bulan pada tahun 2016 atas pekerjaannya sebagai wartawan. 

Lebih daripada 20 tahanan setakat ini telah hilang dari penjara pihak berkuasa, dan mereka sedang diburu oleh pihak rejim penjajah Israel atas aktiviti mereka atau penyertaan dalam aktiviti penentangan di Tebing Barat.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,668,258
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....