000000
X
PALESTIN
Presiden Abbas Hargai Dokongan Mesir Terhadap Perjuangan Palestin
Oleh: Abdur Rahman Raji
31 Julai 2023 | 9.20 malam
Presiden Palestin Mahmoud Abbas, telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Mesir Abdel-Fattah El-Sissi, bagi menyatakan penghargaan kepada Mesir dalam memberikan dokongan terhadap usaha kesepakatan kumpulan-kumpulan perjuangan Palestin.

Dalam perjumpaan itu, Presiden Mahmoud Abbas mengucapkan terima kasih kepada Presiden Sisi kerana menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Setiausaha Agung Kumpulan Palestin untuk mencapai kesepakatan nasional, yang telah diadakan semalam di New El-Alamein.

Beliau amat menghargai usaha berterusan Mesir dalam menyokong usaha kesepakatan, serta peranan pentingnya dalam mencapai kesatuan nasional Palestin.

Presiden Mahmoud Abbas juga mengganggap sokongan Mesir ini meliputi isu perjuangan Palestin dalam semua peringkat, termasuk menyokong hak-hak rakyat Palestin untuk kebebasan dan kemerdekaan

Presiden Palestin itu juga memberikan taklimat kepada Presiden Al-Sisi tentang perkembangan terkini dalam isu Palestin, di mana rejim penjajah Israel terus melakukan jenayah terhadap rakyat Palestin, tanah mereka, dan tempat-tempat suci mereka.

Kedua-dua pemimpin tersebut membincangkan pengukuhan hubungan dua hala antara kedua-dua negara dan pembangunan dalam semua bidang. Mereka bersetuju untuk terus berunding mengenai pelbagai isu yang berkaitan, dalam kerangka kerjasama antara kedua-dua negara.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,666,758
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....