000000
X
PALESTIN
Presiden Mahmoud Abbas Menggesa Pembentukan Jawatankuasa Segera Bagi Menyelesaikan Kemelut di Palestin
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
31 Julai 2023 | 11.10 tenghari
EL-ALAMIEN, MESIR - Presiden Mahmoud Abbas hari ini menggesa pembentukan jawatankuasa susulan daripada para ahli mesyuarat ketua-ketua kumpulan Palestin bagi melengkapkan dialog mengenai pelbagai isu dibincangkan hari ini .

Presiden Abbas meminta jawatankuasa itu untuk segera bertindak bagi mencapai misinya dan menyerahkan perjanjian atau cadangan-cadangan yang disepakati, menurut kenyataan akhir mesyuarat ketua-ketua kumpulan Palestin, yang diadakan di bandar El-Alamein Mesir.

Presiden Abbas berkata, beliau menganggap mesyuarat pada hari ini ialah sebagai langkah pertama dan penting untuk melengkapkan dialog nasional, menyatakan harapan bahawa matlamat yang diinginkan akan dicapai secepat mungkin.

Beliau berharap, satu lagi pertemuan akan diadakan tidak lama lagi di Mesir untuk mengumumkan berakhirnya perpecahan dan pemulihan perpaduan nasional Palestin.

Presiden Abbas juga mengucapkan terima kasih kepada Presiden Abdel-Fattah El-Sisi di atas kesudiannya menganjurkan pertemuan ini, dan di atas kesungguhannya agar usaha bersama ini berakhir dengan sebuah kejayaan untuk menamatkan perpecahan yang  berlaku.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,346
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....