000000
X
PALESTIN
Tahanan Palestin Mogok Lapar Hari ke-18, Protes Terhadap Israel
Oleh: Abdur Rahman Raji
30 Julai 2023 | 10.40 malam
Omar Sadiq Kamil, 50 tahun, seorang tahanan Palestin di dalam penjara rejim Israel, terus menjalankan mogok lapar yang sudah masuk hari ke-18 secara berturut-turut, sebagai tanda protes terhadap ‘tahanan-administratif’ yang diterima tanpa sebarang tuduhan atau perbicaraan oleh pihak rejim Israel. ‘Tahanan-administratif’merupakan sebuah kaedah penahanan tanpa bicara yang diguna pakai oleh pihak rejim Israel terhadap pejuang-pejuang dan warga awam Palestin.

Omar Kamil, yang merupakan seorang penduduk Qabatiya Tebing Barat , telah ditangkap oleh tentera rejim Israel pada bulan Mac 2023 dan telah diletakkan di bawah ‘tahanan-administratif’ selama enam bulan sejak tangkapan tersebut.

Beliau juga adalah seorang bapa kepada jenazah syahid Palestin, Mahmoud Kamil, yang dibunuh oleh tentera rejim  Israel di Baitul Maqdis pada bulan Disember 2020.

Amalan ‘tahanan-administratif’  rejim Israel ini telah dikutuk secara meluas kerana  membenarkan penahanan rakyat Palestin tanpa tuduhan atau perbicaraan, bagi tempoh yang boleh diperbaharui antara tiga hingga enam bulan berdasarkan bukti yang dirahsiakan, bahkan peguam seseorang tahanan itu juga dilarang untuk melihatnya.

Amnesty International telah menggambarkan method penahanan Israel ini sebagai ‘taktik bankrap’ dan telah sekian lama menuntut agar Israel menghentikan penggunaannya.

Tahanan-tahanan Palestin secara berterusan menggunakan kaedah mogok lapar tanpa had sebagai cara untuk menyatakan bantahan terhadap metode tahanan yang tidak sah ini, serta melanggar undang-undang antarabangsa.

Menurut angka terkini dari Addameer, Persatuan Sokongan Tahanan Palestin dan Hak Asasi Manusia, terdapat 4,900 orang tahanan politik Palestin di penjara dan pusat tahanan Israel, termasuk 155 daripadanya adalah kanak-kanak dan 32 tahanan wanita. Angka ini termasuk 1,014 orang Palestin yang diletakkan di bawah  ‘tahanan-administratif’, yang membenarkan penahanan orang Palestin berlaku tanpa tuduhan atau perbicaraan.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,666,564
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....