000000
X
PALESTIN
Pelan dan Kesepakatan Nasional Palestin Perlu untuk Lawan Israel - Hamas
Oleh: Abdur Rahman Raji
30 Julai 2023 | 10.00 malam
Gerakan Hamas menegaskan melalui kenyataan rasminya hari ini, bahawa pertemuan Setiausaha Agung Kumpulan-kumpulan Palestin yang berlansung di Mesir pada hari ini, merupakan sebuah peluang ke arah mencapai kesepakatan nasional.

Jurucakap Rasmi Hamas, Hazem Qasem, menekankan bahawa Hamas akan berusaha dengan sebaik-baiknya untuk menjayakan pertemuan bersejarah itu serta merumuskan pelan nasional yang menyeluruh bagi menangani pencerobohan Zionis. 

"Hamas mencari setiap peluang untuk berdialog dengan semua kumpulan Palestin demi merumuskan pelan nasional yang bersatu, dan sentiasa bergerak untuk mencapai perpaduan kebangsaan demi kepentingan isu Palestin.

"Sasaran utama Hamas adalah untuk membentuk warga Palestin yang mampu merumuskan sebuah strategi yang jitu dalam menentang jenayah pencerobohan," katanya.  

Qasem juga menyeru pihak berkuasa Palestin untuk melepaskan semua tahanan politik, sambil menegaskan bahawa penahanan politik dan penahanan pejuang adalah sebuah tindakan salah-laku nasional dan jenayah moral. Beliau turut berkata bahawa pencerobohan Zionis dan serangannya terutama di Masjidil Aqsa yang mulia, memerlukan kerjasama semua pihak untuk menghadapi kekejaman ini.

Pertemuan Setiausaha Agung Kumpulan-kumpulan Palestin telah berlangsung pada hari ini, disertai oleh  pelbagai kumpulan utama Palestin seperti Fatah dan Hamas, namun turut diboikot sebilangan kumpulan Palestin seperti Gerakan Jihad Palestin.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,660,468
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....