000000
X
PALESTIN
Twitter Sekat Akaun Editor Palestine Chronicle
Oleh: Rusydan Yusup
10 Ogos 2022 | 1.55 PM
PALESTIN - Platform media sosial Twitter telah menyekat akaun wartawan dan pengarang Palestin, Dr. Ramzy Baroud, mendakwa bahawa hantarannya mengenai perang Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat telah 'melanggar peraturan' syarikat itu.

Kejadian ini adalah kali pertama buat Baroud, seorang ahli akademik Palestin yang dihormati, pengarang beberapa buku dan editor agensi berita Palestine Chronicle, disekat daripada menggunakan platform popular itu.

Ciapan terakhir Baroud ialah kompilasi video yang dihasilkan oleh Palestine Chronicle yang menunjukkan imej dan maklumat mengenai tiga rakyat Palestin di Nablus dalam serbuan tentera Israel pada hari Selasa. Video itu hanyalah sekadar rangkuman berita (newsreel) yang tidak mempunyai imej ganas atau berdarah.

Seperti kebanyakan pengeluar kandungan Palestin yang lain, Baroud telah aktif di media sosial berkongsi berita dan analisis tentang perang maut Israel di Gaza, yang mengakibatkan pembunuhan lebih 40 rakyat Palestin, termasuk 15 kanak-kanak. - PC
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,728
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....