000000
X
PALESTIN
Wakil Hamas Tiba di Mesir, Bakal Hadiri Pertemuan Gerakan-Gerakan Palestin
Oleh: Abdur Rahman Raji
29 Julai 2023 | 11.00 malam
Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, telah tiba di Republik Arab Mesir bersama-sama wakil pimpinan utama yang lain, Sheikh Saleh Al-Aruri, dan ahli-ahli Biro Politik Hamas, Dr Musa Abu Marzouq, Dr Khalil Al-Hayya, Husam Badran, dan Ruhi Mushtaha. Kunjungan mereka ini bertujuan untuk untuk menghadiri pertemuan Setiausaha-Setiausaha Agung Gerakan Palestin yang akan diadakan pada 30 Julai hari Ahad, di bandar Al-Alamein.

Pertemuan ini diadakan dalam suasana ketegangan yang meningkat dan konflik akibat tindakan keganasan oleh pihak Zionis terhadap tanah air Palestin, rakyat awam, dan tempat-tempat bersejarah penting, terutamanya serangan berterusan ke atas Masjid Al-Aqsa yang mulia. Dalam pertemuan ini, Hamas bertujuan untuk menyatukan pendirian rakyat Palestin dan mencapai kesepakatan mengenai rancangan strategi nasional yang bersatu untuk menentang pencerobohan pihak penjajah Israel.

Selain itu, ketibaan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, harini turut dilihat bertujuan bagi menghadiri pertemuan bersejarah tersebut yang bakal menghimpunkan gerakan-gerakan utama rakyat Palestin. Menurut Duta Palestin ke Mesir, Diab Al-Louh, Presiden Mahmoud Abbas terlebih dahulu mengadakan sesi pertemuan rasmi dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi bagi membincangkan kerjasama dua hala antara Mesir-Palestin, serta beberapa isu serantau di timur tengah.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,660,712
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....