000000
X
PALESTIN
Patriark Theophilos III: Sebarang Sserangan ke atas Al-Aqsa adalah Serangan Langsung Terhadap Gereja Sepulchre
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
28 Julai 2023 | 11.55 tengahari
BAITULMAQDIS - Patriark Theophilos III, Patriark Gereja Ortodoks Baitulmaqdis hari ini berkata bahawa "sebarang serangan ke atas Masjid Al-Aqsa dianggap sebagai serangan langsung ke atas Gereja Sephulcher, dan sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap kebebasan beribadat dan kesucian tempat-tempat suci."

Patriark Theophilos III dalam satu kenyataan akhbar berkata "Masjid Al-Aqsa adalah hak milik eksklusif umat Islam sahaja" serta menegaskan peranan dan hak Jordan sebagai penjaga kesucian Islam dan Kristian di Baitulmaqdis.

Beliau menegaskan bahawa memelihara status quo adalah perlu untuk memastikan kestabilan di rantau ini dan memelihara kesucian Baitulmaqdis. Katanya lagi, sebarang pelanggaran status quo ini memerlukan usaha bersepadu untuk menghalangnya.

Patriark Theophilos III menyeru agar tidak campur tangan dalam hal ehwal Masjid Al-Aqsa dan kesuciannya, supaya jemaah Islam dapat melakukan ibadat agama mereka dengan aman dan bebas daripada sebarang halangan atau serangan.

Menteri Keselamatan Negara, Itamar Ben-Gvir  menyerbu perkarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis bersama-sama pelampau Israel di bawah perlindungan daripada pasukan berautoriti pendudukan Israel pada awal hari ini.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,663,512
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....