000000
X
PALESTIN
Gesaan untuk Menghentikan Perbuatan Haram Israel yang Menyalahi Undang-Undang Antarabangsa
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
27 Julai 2023 | 12.15 tengahari
GENEVA - Komuniti antarabangsa mesti mengambil langkah untuk menghalang tindakan-tindakan Israel ke atas wilayah Palestin yang diduduki atau berisiko dilihat sebagai pencabulan undang-undang antarabangsa secara sistematik oleh Kerajaan Israel, kata pakar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini.

Serangan susulan Israel ke atas sebahagian wilayah Palestin kini mensasarkan kepada sebahagian besar Tebing Barat selepas secara haram menceroboh Baitulmaqdis Timur. Keadaan ini menunjukkan bahawa usaha keras sedang dijalankan untuk menggabungkan dan merampas seluruh wilayah Palestin yang diduduki secara haram di sisi undang-undang antarabangsa.

‘’Pada 2020, 46 orang pakar PBB menggesa seluruh komuniti antarabangsa untuk menentang dengan tegas rancangan Israel untuk merampas kawasan sebahagian daripada Tebing Barat yang diduduki. Seruan kami tidak mendapat sebarang respond positif dan kami tidak boleh berdiam diri sekarang. Tragedi itu terus berlaku di antara rakyat Palestin dan Israel, yang terperangkap dalam undang-undang yang tidak dipatuhi dan hak yang tidak terbela. ‘’ kata PBB lagi.

Pada Februari 2023, gabungan pemerintah Israel memindahkan sebahagian besar kuasa pemerintahan ke atas Tebing Barat kepada menteri pertahanan tambahan dan melantik Bezalel Smotrich yang merupakan seorang pegawai awam sebagai gabenor di wilayah Tebing Barat yang diduduki. Pakar menyatakan bahawa langkah itu mengukuhkan bukti rampasan kuasa Israel ke atas wilayah tersebut.

“Rampasan dan serangan ke atas wilayah tersebut dengan menggunakan kekerasan atau ancaman adalah dilarang di bawah undang-undang antarabangsa. Ia merupakan pencerobohan, dan jenayah yang terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Jenayah Antarabangsa, dan menimbulkan ancaman kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa. Sejak lima dekad yang lalu, Israel telah merampas tanah dan hasil bumi Palestin, menngakibatkan lebih 270 tanah jajahan menempatkan 750,000 peneroka Israel. 

Sementara pendatang Israel di wilayah Palestin menikmati hak sivil dan politik, rakyat Palestin tertakluk di bawah  pemerintahan dan kekuasaan tentera” kata mereka.

Majoriti besar Negara Anggota PBB dengan tegas mengutuk pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dan perampasan bahagian timur Ukraine sebagai tindakan pencerobohan. Mereka mengenakan sekatan ke atas Rusia untuk menghentikan pencabulan undang-undang antarabangsa. Namun sebaliknya, rampasan Israel ke atas wilayah Palestin yang dikaburkan oleh retorik politik, perdebatan dan rundingan, yang akhirnya berlandaskan double standard.

‘’Hal ini menunjukkan undang-undang antarabangsa ini menjejaskan asas Piagam PBB dan janji kesejagatan hak asasi manusia antarabangsa, 75 tahun selepas proklamasi Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat," kata pakar itu. 

Mereka turut menyatakan kebimbangan yang mendalam terhadap rampasan wilayah yang semakin meluas dan keganasan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.  "Kami bimbang bahawa lingkaran keganasan akan berterusan melainkan keutamaan undang-undang antarabangsa sebagai asas keamanan dan keselamatan diperketatkan" kata pakar.

Mereka menggesa Negara Anggota PBB untuk menggunakan pelbagai cara dari undang-undang yang sedia ada untuk mencari pengakhiran terhadap perbuatan haram ini.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,659,355
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....