000000
X
PALESTIN
Rejim Israel Lagak 'Samseng’, Hancurkan Sumber Air Penduduk Palestin
Oleh: Abdur Rahman Raji
26 Julai 2023 | 11.30 malam
Rejim penjajah Israel hari ini telah meruntuhkan beberapa telaga air serta memusnahkan kawasan tanah yang luas di daerah al-Hijrah, selatan Hebron.

Menurut Shehdeh Dudin, yang merupakan salah seorang pemilik telaga air tersebut, rejim Israel yang disertai dengan jentolak, mesin pembancuh simen, serta pam industri telah memulakan operasi penghapusan lima dounum (5000 meter persegi) tanah pertanian yang ditanam dengan labu, kobis, dan tomato milik penduduk tempatan.

Rejim Israel itu juga meruntuhkan beberapa telaga air milik keluarga yang sama, serta meletakkan simen ke atas telaga-telaga tersebut.

Tindakan kejam rejim Israel terhadap rakyat Palestin dilihat meningkat secara mendadak beberapa hari kebelakangan ini di sekitar Tebing Barat, termasuk kematian terbaru seorang pemuda, Mohammad Abdul Hakim Nada, 23, yang ditembak di kawasan kem Al-Ain, Nablus hari ini.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,670,177
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....