000000
X
PALESTIN
Hamas-Fatah: Perlu Satukan Usaha Nasional Hadapi Ancaman Israel
Oleh: Abdur Rahman Raji
26 Julai 2023 | 10.26 malam
Ketua Pejabat Politik Hamas, Ismail Haniyeh, telah bertemu harini dengan wakil rasmi kerajaan Palestin, Presiden Mahmoud Abbas di ibu kota Turki, Ankara, bagi membincangkan langkah-langkah persediaan awal sebelum Mesyuarat Setiausaha Agung yang dijadualkan akan berlangsung di Kaherah pada 29 dan 30 Julai ini.

Salah seorang ahli Pejabat Politik Hamas, Hussam Badran, menyatakan bahawa pertemuan itu telah menyaksikan perbincangan langsung dan terperinci, dan juga sebahagian daripada usaha melengkapkan rundingan antara gerakan pelbagai kumpulan perjuangan Palestin. Semua pihak bersetuju tentang keperluan untuk menyatukan usaha nasional dalam menghadapi ancaman yang menggugat isu Palestin, terutama projek keganasan rejim Zionis yang ingin merampas tanah, memperluas penempatan haram, dan mengawal sumber daya rakyat Palestin, terutamanya ancaman yang berkaitan dengan Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Badran turut menyatakan bahawa Hamas sentiasa tegas dengan pendirian bahawa penentangan secara menyeluruh adalah cara yang paling berkesan untuk menghadapi penjajahan dan ancaman yang menggugat kedudukan Palestin.

Selain dari itu, Presiden Turki Erdogan juga turut mengadakan pertemuan secara serentak dengan Ismail Haniyeh dan Mahmoud Abbas di Ankara.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,658,386
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....