000000
X
PALESTIN
Hamas Gesa Algeria Berperanan
Oleh: Rusydan Yusup
10 Ogos 2022 | 1.44 PM
HAMAS - Ketua Biro Politik Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Ismail Haniyeh telah menelefon Chakib Kaid, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Algeria, untuk memberi taklimat kepadanya mengenai pencerobohan terbaru Israel terhadap Semenanjung Gaza.

Haniyeh dalam perbualannya memberitahu jenayah yang dilakukan oleh Israel semasa serangan terbarunya terhadap Gaza, termasuk pembunuhan berpuluh-puluh orang awam Palestin.

Ketua Biro Politik Hamas itu turut menekankan isu peningkatan serangan Israel di Tebing Barat, dengan serangan yang terbaru berlaku pada selasa dimana tiga pemuda Palestin di Nablus telah dibunuh.

Antara serangan rejim Israel juga ialah serbuan yang kerap dilakukan ke atas bandar dan kampung di Tebing Barat yang dijajah serta percubaan Israel untuk mengyahudikan Masjid al-Aqsa, dengan tujuan mengenakan apa yang dipanggil mereka sebagai kedaulatan agama ke atas Masjid al-Aqsa, dan membahagikannya secara sementara dan spatial. Haniyeh turut menerangkan mengenai pengepungan selama 15 tahun terhadap Semenanjung Gaza.

Sementara itu, pegawai tertinggi Hamas itu juga menggesa agar Kedutaan Algeria mengaktifkan peranannya bagi menghadapi jenayah Israel dan menyokong rakyat Palestin di peringkat politik, diplomatik, dan media, terutamanya kerana Sidang Kemuncak Arab akan datang bakal diadakan di negara Afrika Utara itu.

Ketua Setiausaha Kementerian Luar Algeria, sebagai respon balas, mengulangi sokongan tidak berbelah bahagi negaranya terhadap Palestin dan rakyatnya dan menyatakan komitmen untuk memikul setiap peranan yang diperlukan untuk membebaskan Palestin. – Hamas PS
Kongsi:
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,670,515
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....