000000
X
PALESTIN
Perbincangan Dua Hala diantara Presiden Palestin dan Presiden Turki
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
26 Julai 2023 | 11.00 tengahari
ANKARA – Presiden Mahmoud Abbas dan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan bertemu di Kompleks Presiden di ibu negara Turki, Ankara pada hari ini.

Semasa pertemuan berlangsung, Presiden Abbas menerangkan isu serangan Israel ke atas rakyat Palestin, serta kesejahteraan antara agama Islam dan agama Kristian.

Beliau juga membincangkan isu peneroka haram Israel yang memusnahkan  tanah milik rakyat Palestin, dan keamanan politik yang terkesan akibat sikap tidak bermoral orang Israel.

Presiden Mahmoud Abbas juga mengambil kesempatan  menyampaikan ucapan terima kasih kepada Turki diatas sokongan dan komitmen yang diberikan Turki dalam membela dan memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengatakan, Turki akan terus memberi sokongan kepada rakyat Palestin dan hak mereka dalam memperjuangkan kebebasan negara tersebut.

Kedua-dua pemimpin itu juga membincangkan hubungan dua hala dan cara untuk mengembangkannya, dan perundingan bersama-sama berkenaan  isu-isu yang menjadi perhatian kedua-dua pihak.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,573
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....