000000
X
PALESTIN
Erdogan: Turkiye Menentang Sebarang Perubahan Terhadap Status Quo Palestin
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
26 Julai 2023 | 9.15 pagi
ANKARA - Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata bahawa Turkiye tidak boleh menerima "amalan Israel yang bertujuan mengubah status quo sejarah tempat suci di Palestin." 

Hak ini dinyatakan semasa sidang akhbar dengan Presiden Pihak Berkuasa Palestin Mahmoud Abbas, selepas pertemuan mereka di Kompleks Presiden di Ankara. Erdogan menegaskan bahawa keamanan yang adil dan berkekalan di rantau ini dapat dicapai melalui visi penyelesaian dua negara." 

Presiden Erdogan berkata, "kami tidak bersetuju sebarang tindakan untuk mengubah status quo tempat suci, yang paling utama adalah Masjid Al-Aqsa." 

Beliau menegaskan bahawa "perpaduan dan konsensus Palestin adalah salah satu elemen utama pada peringkat ini," dan beliau menegaskan sekali lagi kepada rakan sejawatannya dari Palestin mengenai kesediaan Turki untuk memberikan semua bentuk sokongan dalam hal ini. 

Beliau menambah: "Penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya di sempadan 1967 dan berdasarkan piawaian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah syarat yang perlu untuk keamanan dan kestabilan bagi seluruh wilayah kita." 

Beliau turut menegaskan bahawa "Turki akan terus mempertahankan perjuangan Palestin dengan cara yang paling kuat serta menyokong semua usaha untuk meningkatkan keselamatan dan kemakmuran rakyat Palestin."
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,665,846
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....