000000
X
PALESTIN
Peristiwa di Kem Pelarian Nur Shams Bukti Mentaliti Pemusnah Israel
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
25 Julai 2023 | 3.45 petang
RAMALLAH - Perdana Menteri Mohammad Shtayyeh semalam berkata bahawa peristiwa kem pelarian Nur Shams di Tulkarm pagi semalam adalah bukti terbaik mengenai mentaliti kemusnahan dan pembunuhan Israel.

Pasukan tentera Israel menyerbu kem pelarian Nur Shams pagi semalam menyebabkan kemusnahan teruk pada jalan raya, infrastruktur dan harta benda dalam satu kejadian yang membawa kemusnahan awal di kem pelarian Jenin apabila tentera Israel hampir memusnahkan kem itu dalam dua hari serangan tentera, membunuh 12 orang selain mencederakan lebih 100 yang lain.

Bercakap pada permulaan mesyuarat kabinet mingguan yang diadakan di Ramallah, Shtayyeh mengecam sekeras-kerasnya apa yang disifatkannya sebagai "mesin perang Israel, yang tidak berhenti meragut lebih banyak nyawa kanak-kanak yang tidak berdaya," dengan memberi contoh pembunuhan tentera Israel baru-baru ini terhadap pemuda Fawzi Makhalfeh, di bandar Sebastia, dan kanak-kanak Mohammad al-Bayzon yang tercedera dari kem Jala, dan beberapa orang yang lain.

“Semua jenayah berkenaan selari dengan jenayah yang dilakukan oleh kumpulan pendatang haram di seluruh wilayah Palestin serta pencerobohan berterusan ke dalam Masjid Al-Aqsa, yang berpunca daripada doktrin pembakaran dan pembunuhan beramai-ramai yang dianuti oleh gabungan pemerintah di Israel,” kata Perdana Menteri.

Shtayyeh berkata bahawa masyarakat Israel membayar harga hari ini kerana berdiam diri mengenai jenayah yang dilakukan oleh kerajaan sayap kanannya terhadap rakyat Palestin.

“Idea dan amalan jenayah penjajah dengan cepat menjadi bumerang hari ini kepada masyarakat mereka, yang mesti menyedari bahaya ideologi yang dianut oleh kumpulan pelampau serta bertindak untuk memeranginya,” katanya merujuk kepada protes di Israel terhadap apa yang dipanggil reformasi kerajaan dalam sistem kehakiman.

“Masyarakat Israel mesti memberikan tekanan untuk menamatkan penjajahan tanah Palestin dan berhenti melakukan jenayah terhadap rakyat kita,” katanya.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,910
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....