000000
X
PALESTIN
Gerakan-Gerakan Perjuangan Palestin Bakal Berhimpun, Bincang Isu Pencerobohan Israel
Oleh: Abdur Rahman Raji
24 Julai 2023 | 10.26 malam
Anggota Biro Politik Gerakan Hamas, Harun Nasruddin, menyatakan bahawa Hamas akan mengambil bahagian dalam pertemuan Setiausaha Am Gerakan-gerakan Palestin di ibu negara Mesir, Kaherah, untuk membincangkan empat isu utama. 

Salah satu isu utama yang akan dibincangkan adalah menghentikan penahanan politik dan penganiayaan di Tebing Barat. 

Nasruddin berkata dalam kenyataan eksklusifnya kepada agensi berita Shehab hari ini: "Kami pergi ke sana dengan empat perkara, terutamanya berkenaan usaha menghentikan penahanan politik dan penganiayaan, serta hak rakyat Palestin untuk melakukan penentangan dalam segala bentuknya. 

Kami juga ingin mencapai titik persefahaman tentang bagaimana menghadapi kerajaan pengganas (Israel)  ini oleh seluruh rakyat Palestin. Selain itu, kami berusaha untuk mencapai kesepakatan dengan Gerakan Fatah untuk mengakhiri perpecahan dan mengatur urusan dalaman negara bersama-sama." 

Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa tindakan-tindakan keganasan penjajah Israel dan kumpulan penceroboh Yahudi, seperti di Jerusalem dan Tebing Barat, tidak akan berjaya, dengan rakyat Palestin yang teguh berpegang pada pendirian (menentang). 

Harun Nasruddin menegaskan bahawa rancangan-rancangan penjajahan ini yang bertujuan untuk memecah-belahkan Al-Aqsa akan dihalang oleh rakyat dan gerakan penentangan Palestin, dan akan mengalami kegagalan sebagaimana rancangan-rancangan mereka yang terdahulu. 

Beliau mengajak masyarakat Arab dan umat Islam untuk berdiri bersama rakyat Palestin, dalam mempertahankan Al-Aqsa daripada pencerobohan. Harun juga mengajak warga Tebing Barat dan penduduk Baitulmaqdis untuk meningkatkan kerjasama dengan mengunjungi Masjid Al-Aqsa, terutama pada hari Rabu dan Khamis yang akan datang, yang mana tarikh itu disebut oleh penjajah Israel sebagai "Hari Kehancuran Baitulmuqaddis", dengan tujuan agar para penjajah tidak dapat mencapai tujuan mereka untuk memecah-belahkan Al-Aqsa, sebagaimana yang mereka lakukan di Masjid Ibrahimi.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,671,245
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....