000000
X
PALESTIN
Perjuangan Menentang Zionis Israel Semakin Meningkat - Hamas
Oleh: Abdur Rahman Bin Ahmad Raji
24 Julai 2023 | 9.16 malam
Gerakan-gerakan perjuangan pembebasan Palestin hari ini menegaskan bahawa penentangan adalah satu-satunya cara untuk mengalahkan penjajahan Israel, serta memuji tindak balas pejuang pembebasan yang menentang serbuan penjajah Israel di kem Nour Shams di Tulkarem dan Nablus di Tebing Barat.

Jurucakap Hamas, Hazem Qassem, berkata, "Bilangan pejuang yang semakin meningkat bagi menentang (penjajahan Israel) ini, telah membuktikan lagi keupayaan perjuangan ini, walaupun banyak berlaku keganasan dan jenayah penjajahan (Israel)."

Beliau turut menegaskan, "Keganasan Zionis yang semakin meningkat di Jerusalam dan Tebing Barat telah meningkatkan kadar tanggungjawab semua pihak untuk merumuskan strategi nasional yang jitu untuk menghadapi penjajahan,".

Hazem turut menyatakan penghargaan bagi para pejuang Palestin yang berani dan gagah di Tebing Barat dalam menghadapi serbuan tentera musuh malam tadi.

Selain itu, jurucakap Gerakan Jihad Palestin, Tariq Selmi, berkata, "Api perlawanan akan terus berkobar dan tidak akan padam dengan mana-mana usaha dan rancangan penganiayaan, penindasan, dan ugutan."

Selmi menekankan bahawa kesatuan barisan perjuangan Palestin adalah mercu tanda dan model yang menginspirasi bagi seluruh rakyat Palestin, yang melihat penentangan sebagai harapan, kemenangan, dan cara untuk mempertahankan Masjid Al-Aqsa serta membebaskannya.

Dunia Islam harini tertumpu kepada perhimpunan gerakan-gerakan perjuangan Palestin yang dijadualkan berlansung pada 30 Julai di Kaherah. Perhimpunan itu bakal membincangkan situasi semasa pencerobohan besar-besaran Israel terhadap wilayah Jenin, Nablus dan Tebing Barat.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,659,649
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....