000000
X
PALESTIN
Lima Pemuda Palestin Ditangkap Tentera Israel
Oleh: Abdur Rahman Raji
22 Julai 2023 | 11.15 malam
Tentera penjajah Israel hari ini menahan sekurang-kurangnya lima pemuda Palestin di kawasan Tebing Barat, ketika berlaku operasi pencerobohan ke atas rumah-rumah penduduk setempat.

Menurut sumber pasukan keselamatan Palestin, penahanan 3 orang dari kalangan lima pemuda Palestin  itu dibuat  semasa serbuan tentera penjajah ke atas rumah keluarga mereka di kampung Ibayyat, di timur bandar Bethlehem di selatan Tebing Barat.

Sumber tersebut menyatakan bahawa tentera penjajah itu juga menceroboh rumah-rumah di bandar Yabad, di bahagian barat Jenin, serta menahan baki dua orang pemuda Palestin di situ, sehingga berlaku sedikit kekecohan pergaduhan antara penduduk dan tentera penjajah semasa serbuan tersebut. 

Tentera penjajah itu juga turut meronda beberapa bandar dan kampung lain di daerah Jenin, namun tiada sebarang penahanan dilaporkan.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,664,722
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....